Thursday 7 September 2017

Pertandingan Catur Terbuka HKN 2017




Bersempana Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Terengganu 2017, pihak ANGKASA dengan kerjasama Koperasi SMK Ibrahim Fikri Bhd. telah menganjurakan satu pertandingan catur terbuka pada hari Jumaat iaitu 11 Ogos 2017 bertempat di Terengganu Trade Centre (TTC), Kuala Terengganu.

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Terengganu.
Ia bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 5.30 petang. Tambahan lagi, pertandingan ini telah disertai jumlah seramai 106 orang peserta.

Bagi wakil SM IMTIAZ KT, Ahmad Taqiyyuddin Bin Awang Da berjaya merangkul tempat kelima dan seorang lagi wakil iaitu Mohd Munif Haikal Bin Mohd Nizam berada di kedudukan kesepuluh.

Johan pertandingan catur terbuka ini disandang oleh peserta dari SMK Matang iaitu Syahrul Ikhwan bin Abd Hakim. Manakala naib johan dirangkul oleh Ammar Haziq bin Mohd Hanif Arkurni dari SM IMTIAZ Kuala Nerus dan tempat ketiga dirangkul oleh Muhd Zarif Aiman dari SMK Ibrahim Fikri.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Wednesday 6 September 2017

KEJAYAAN PKS IMTIAZ

IMTIAZ semakin mengorak langkah menuju kecemerlangan apabila dilantik pihak Taman Tamadun Islam (TTI) untuk menjadi anak angkat serta organisasi sekolah tentang program pelancongan di Terengganu. PKS IMTIAZ telah memperkenalkan 2 pakej terbaharu iaitu Memorable Pulau Kapas dan Pakej Bandar yang menjadikan keuntungan kepada koperasi semakin memberangsangkan.

Berikut merupakan antara Tamu sepanjang tahun 2017:

1. MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang


2. SMK Jalan Bukit Kajang, Selangor



3. SMK Abu Bakar Baginda, Selangor



4. SMK Abi, Perlis



5. SMKA Kuala Selangor



6. PKS Antarabangsa, Sulawesi, Selatan Indonesia





AKKS 2017







Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) 2017 telah berlangsung pada 25 Mei 2017.  Majlis ini diadakan di dewan SM Imtiaz Kuala Terengganu dan telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Mohamed Bin Yusoff, Pengerusi ANGKASA Negeri Terengganu.

Majlis di dewan dimulai dengan sambutan kompang berirama. Tuan Hj. Mohamed Yusoff juga berkenan untuk merasmikan majlis pecah tanah KIOKS 2 IMTIAZ yang julung kali diadakan dengan penuh meriah. Acara pemotongan kek sebagai gimik perasmian serta pelbagai agenda melibatkan warga sekolah dan komuniti setempat turut berlangsung.

Acara dewan serta aktiviti luar dewan diadakan sepanjang tempoh berlangsung.

1.       Kempen 55 555 I look smart IMTIAZ K TRG (Senamrobik)
2.       Pertandingan mewarna komuniti tadika Nur Ilmu dan Taska Islah
3.       Bacaan Perutusan
4.       Pertandingan Wajah IMTIAZ dan Kejayaan KOOP

Wednesday 9 December 2015

Program PKS 2016

Insha Allah program PKS pada tahun 2016 nanti, pihak pengurusan PKS akan memberi khidmat yang terbaik kepada semua Hos.

Semoga semua Hos nanti akan berpuas hati dengan layanan kami nanti.