Sunday 10 June 2012

Tamu Dari SMK Cochrane, Kuala Lumpur


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,Kaum Kerabat Baginda dan Para Sahabat R.A.

Program koperasi sekolah adalah salah satu program sekolah yang banyak memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dan banyak memberikan manfaat kepada para pelajar khususnya. Dengan adanya program sebegini , para pelajar imtiaz dapat berinteraksi dengan pelajar dari sekolah lain dan dapat saling bertukar idea.

Pada pertengahan tahun , SMK Cochrane Kuala Lumpur telah memilih sekolah IMTIAZ pada 10 Jun 2012 sebagai destinasi pelancongan koperasi. Mereka mengadakan lawatan kilat ke koperasi Sekolah IMTIAZ yang telah diiktiraf sebagi koperasi terbaik dalam negeri.
Persatuan Koperasi Sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program singkat ini. 


Aktiviti:

1      Menyambut tetamu dari SMK Cochrane
2      Membawa tetamu melawat kawasan sekolah.
3      Sesi perkenalan dan majlis ringkas di bilik mesyuarat tentang pengurusan koperasi
4      Sesi penggambaran dan makan tengah hari.
Tetamu bertolak pulang pada jam 12.00 tengahari.


No comments:

Post a Comment