Pada 26 hingga 28hb April 2013, seramai 3O orang pelajar dan 1O orang
guru pengiring dari pihak TAMU iaitu SMKA
SHEIKH AHMAD SAID SEREMBAN dengan kerjasama pihak ANGKASA yang diwakili
oleh En Fitri Bin Taslim telah berjaya mengikuti satu lagi program PELANCONGAN
KOPERASI SEKOLAH yang dianjurkan oleh Koperasi KOSPINT Berhad yang terletak di
Serada Kuala Terenggau , Terengganu.
Para tamu tiba agak lewat petang dan selepas sahaja
tamu mendaftar dan mendengar taklimat program serta panduan keselamatan di
sekolah , mereka dijamu dengan hidangan yang menyelerakan.Tamu berehat di bilik
penginapan yang disediakan.
Para hos bersiap sedia melayan dan membuat
persiapan untuk membawa tamu ke lokasi
pertama iaitu sekitar Muzium Negeri Terengganu iaitu Muzium Losong dan
Bangunan Monumen di Taman Tamadun Islam
serta Masjid Kristal. Keriangan tergambar di wajah tamu kerana di sinilah
lokasi Misbaha serta melihat 7 tempat menarik di dunia dipamerkan di sini.
Para tamu bersiap sedia membawa bersama ‘bag luggage’ masing-masing dan
melihat program tasmi yakni Al Quran di dewan besar dan melawat sekitar
sekolah. Kemudian , para tamu bergambar kenangan bersama dengan puan
Pengetua di dataran IMTIAZ.
Alhamdulilah para tamu selamat mengikuti
program Pakej PKS dari Koperasi KOSPINT Bhd selama 3 hari 2 malam. Semoga
program ini mendapat manfaat dan kepentinga n bersama kedua-dua belah pihak.
Berjumpa lagi di lembaran dan lawatan seterusnya. Wassalam
No comments:
Post a Comment