Tuesday, 11 June 2013

Program PKS : Tamu Dari SMK Raja Puan Muda Tg. Fauziah, Perlis

SMIYT KTRG SBT , 16 : Pada 6 hingga  8hb Jun  2013, seramai 62 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring dari pihak TAMU  iaitu SMK RAJA PUAN TG FAUZIAH PERLIS INDERA KAYANGAN dengan kerjasama pihak ANGKASA yang diwakili oleh En Fitri Bin Taslim telah berjaya mengikuti satu lagi program PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH yang dianjurkan oleh Koperasi KOSPINT Berhad yang terletak di Serada Kuala Terenggau , Terengganu.

HARI PERTAMA RABU (5HB JUN  2013)


Para tamu tiba agak lewat malam selepas tersesat menuju ke IMTIAZ Kuala Berang dan kemudian terpaksa berpatah balik menuju ke Kuala Terengganu.Tiba di sekolah dalam pukul 9.3O malam dan tamu mendaftar seterusnya mendengar taklimat program serta panduan keselamatan di sekolah , mereka dijamu dengan hidangan yang menyelerakan.Tamu berehat di bilik penginapan yang disediakan.Bersurai hampir jam 1O.45 malam.

HARI KEDUA 6hb JUN 2O13  KHAMIS

Seawal jam 8.OO pagi para hos berkumpul di dataran dan memulakan hari pertama dengan sesi penggambaran untuk dijadikan kenangan . Para hos bersiapsedia melayan dan membuat persiapan untuk membawa tamu ke lokasi pertama iaitusekitar Muzium Negeri Terengganu iaitu Muzium Losong dan Bangunan Monumen di Taman Tamadun Islam serta Masjid Kristal. Keriangan tergambar di wajah tamu kerana di sinilah lokasi Misbaha serta melihat 7 tempat menarik di dunia di pamerkan di sini.

Seterusnya, para tamu dibawa menaiki bot Cruise yang merupakan salah satu tarikan utama di Taman Monumen di negeri Terengganu.Perjalanan mengambil masa selama 4O minit dan para pengunjung bolehlah melihat panorama sekitar di Sungai Terengganu di mana berlangsungny aacara Monsoon Cup Antarabangsa di PulauDuyung, melihat lokasi pembuatan bot dan sebahagian bangunan menarik di Kuala Terengganu yang juga di kenali sebagai Dubai Malaysia.

MalamKebudayaan  yang diraikan oleh Hos kepada tamu jam 9.OO malam di Dewan As-Syatibi

Pada malam tersebut diadakan malam kebudayaan bagi merapatkan hubungan silaturahim antara kedua-dua belah pihak.Seterusnya acara yang diadakan ialah sesi ucapan kedua belah pihak, persembahan slide koperasi dan program ,persembahan tarian perlis dan persembahan nasyid serta lakonan dialek Terengganu antara hos dan tamu.

HARI KETIGA SABTU(8 JUN  2013)

Para tamu bersiap sedia membawa bersama ‘bag luggage’ masing-masing dan melihat program tasmi yakni Al Quran di dewan besar dan melawat sekitar sekolah.

Para tamu diberi peluang untuk menikmati Program MakananTambahan mengikut sunnah Rasulullah SAW yang biasa diamalkan di sekolah hos kerana mengadakan program Hafiz danHafizah ini.Mereka dijamu untuk menikmati minuman susu, madu,kurma dan kismis di depan koperasi.

Program  ini juga merupakan tarikan utama yang diadakan di koperasi KOSPINT ini yang julung kali diadakan di Malaysia yang mana pendapatan daripada program ini juga amatlah lumayan dengan purata perolehan sebanyak RM 17,OOO.OO sebulan tajaanYayasan Terengganu. Syukur Alhamdulillah



Gambar menarik sila klik DI SNI

Untuk tempahan sila hubungi




Cikgu Herdawati : 0199265950 atau


Cikgu Marlina : 0148061252 atau


Cikgu Hadi : 0199104494


Sunday, 9 June 2013

International Students Exchange Programme

AUSTRALIA  : Program ini merupakan satu program kemuncak yang dianjurkan oleh ANGKASA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ).

Program ini disertai oleh Sekolah terbaik setiap negeri di Malaysia bagi mewakili Koperasi Sekolah.

Koperasi KOSPINT Berhad bertuah kerana 2 orang pelajar telah terpilih bagi mewakili Negeri Terengganu iaitu Mohamad Hakim bin Suhaimi ( Tg 5 Nafi' ) dan Siti Nur Lina binti Mohammad Khairi ( Tg 4 Ibnu Amir ) yang diadakan di Gold Coast, Autralia bermula 27 Mei hingga 4 Jun 2013 baru-baru ini.

Semoga program pengantarabangsaan ini dapat menambhakan input dan pengetahuan pelajar bagi menjana modal insan cemerlang selaras dengan status Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ).


Tahniah dan syabas untuk Koperasi KOSPINT Berhad.

Lihat gambar menarik DI SINI

Sunday, 28 April 2013

Tamu Dari SMKA Sheikh Ahmad Said, Seremban



Pada 26 hingga 28hb April  2013, seramai 3O orang pelajar dan 1O orang guru pengiring dari  pihak TAMU  iaitu SMKA SHEIKH AHMAD SAID SEREMBAN dengan kerjasama pihak ANGKASA yang diwakili oleh En Fitri Bin Taslim telah berjaya mengikuti satu lagi program PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH yang dianjurkan oleh Koperasi KOSPINT Berhad yang terletak di Serada Kuala Terenggau , Terengganu.

Para tamu tiba agak lewat petang dan selepas sahaja tamu mendaftar dan mendengar taklimat program serta panduan keselamatan di sekolah , mereka dijamu dengan hidangan yang menyelerakan.Tamu berehat di bilik penginapan yang disediakan.

Acara hari kedua dimulai dengan riadah pagi serta sarapan pagi iaitu nasi lemak berlaukkan ala Terngganu  yang begitu menyelerakan.
Para hos bersiap sedia melayan dan membuat persiapan  untuk membawa tamu ke lokasi pertama iaitu sekitar Muzium Negeri Terengganu iaitu Muzium Losong dan Bangunan  Monumen di Taman Tamadun Islam serta Masjid Kristal. Keriangan tergambar di wajah tamu kerana di sinilah lokasi Misbaha serta melihat 7 tempat menarik di dunia dipamerkan di sini.

Seterusnya, para tamu dibawa menaiki bot penambang yang merupakan salah satu tarikan utama di negeri Terengganu. Perjalanan mengambil masa selama 4O minit dan para pengunjung bolehlah melihat panorama sekitar di Sungai Terengganu di mana berlangsungnya acara Monsoon Cup Antarabangsa di Pulau Duyung, melihat lokasi pembuatan bot dan sebahagian bangunan menarik di Kuala Terengganu yang juga di kenali sebagai Dubai Malaysia.

Seterusnya , para tamu dibawa membeli belah di Pasar Payang di Kuala Terengganu yang memang terkenal dengan pelbagai produk kraf dan hasil laut seperti batik sutera, kain batik serta keropok lekor dan keping  untuk dibawa  pulang sebagai kenang-kenangan.

Para tamu bersiap sedia membawa  bersama ‘bag luggage’ masing-masing  dan  melihat program tasmi yakni Al Quran di dewan besar dan melawat sekitar sekolah. Kemudian , para tamu bergambar kenangan bersama dengan puan Pengetua  di dataran IMTIAZ.

Para tamu diberi peluang untuk menikmati Program Makanan Tambahan mengikut sunnar Rasulullah SAW yang biasa diamalkan di sekolah hos kerana mengadakan program Hafiz dan Hafizah ini. Mereka dijamu untuk menikmati minuman susu, madu,kurma dan kismis di depan koperasi. Program  ini  juga merupakn tarikan utama yang diadakan di koperasi KOSPINT ini yang julung kali diadakan di Malaysia yang mana pendapatan daripada program ini juga amatlah lumayan  dengan purata perolehan sebanyak RM 17,OOO.OO sebulan tajaan Yayasan Terengganu. Syukur Alhamdulillah.

Seterusnya lokasi terakhir sebelum para tamu berangkat pulang ialah dengan melawat Pusat Kraf Nor Arfa Batik yang terletak di Chendering. Mereka diberi peluang untuk melihat bagaimana sesuatu kraf sutera dan batik diadakan.

Alhamdulilah para tamu selamat mengikuti program Pakej PKS dari Koperasi KOSPINT Bhd selama 3 hari 2 malam. Semoga program ini mendapat manfaat dan kepentinga n bersama kedua-dua belah pihak. Berjumpa lagi di lembaran dan lawatan seterusnya. Wassalam

Friday, 29 March 2013

Lawatan SMK SEKSYEN 24 SHAH ALAM SELANGOR


Pada 27 hingga 29hb Mac 2013, seramai 3O orang pelajar dan 1O orang guru pengiringdaripihak TAMU  iaitu SMK Seksyen 24, Shah Alamdengankerjasamapihak ANGKASA yang diwakilioleh En Fitri Bin Taslimtelahberjayamengikutisatulagi program PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH yang dianjurkanolehKoperasi KOSPINT Berhad yang terletak di Serada Kuala Terenggau , Terengganu.

Kami bertolak dari sekolah pada pukul 12.00 tengahhari dari sekolah menuju ke Bandar Kuala Berang untuk membeli keperluan dan barang mentah seperti ikan ,ayam dan sayuran.
Seterusnya kami tiba di  JetiPengkalan Gawi, TasikKenyir lebih kurang jam 2 petang. Sebaik tiba, para tamu dijamu dengan bekalan dan solat sementara menanti kedatangan 3 buah House Boat.

Malangnya, kelewatan yang dialami disebabkan sebuah bot terlewat tiba menyebabkan jadual perjalanan kami agak terlewat iaitu hampir jam 3.3O baru dapat bertolak dari jeti.

Alhamdulillah, seperti yang dijangkakan kami tiba di Air Terjun Saok hampir jam 4 petang dan mandi manda di sana.Pada malam itu, kami bermalam di tepiSaok Di sini kami melihat keindahan panorama TasikKenyir  yang terbesar dibina oleh manusia padatahun 1985 dengan keluasan 26O,OOO hektar yang jugaterdiri daripada 34 buah pulau yang akhirnya ditenggelami air tasik ini.
Jam 7.OO pagi House Boat mula bergerak meninggalkan bumi Saok menuju kePusatKelah menyusuri SgPetang yang mana jaraknya mengambil masa 3 jam untuk tiba dengan jarak 21km dari jeti Gawi

Menyusuri SgPetang dengan 1OO1 keindahan dengan penuh debaran.
TasikKenyr merupakan lubuk pelbagai spesies ikan air tawar seperti ikanToman, Baung, Sebarau, Kaloi, Kelah, Tapah yang begitu mengasyikkan.