Sekolah Berprestasi Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia Tel: 09-6195111 Fax : 09-6195112 email:pksimtiazkt@gmail.com
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,Kaum Kerabat Baginda dan Para Sahabat R.A.
Program Pelancongan Koperasi Sekolah ( PKS ) telah diilhamkan oleh YM Prof Diraja Ungku Aziz, YDP Angkasa. Projek ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar belajar dan mendapat pengalaman secara langsung merancang, mengurus dan melaksanakan program ini dengan bantuan semua pihak. Sehubungan dengan itu, nilai-nilai koperasi seperti sadik, amanah, telus, berdikari, bekerjasama, bertanggungjawab dan prihatin dapat disemai.
Kami menawarkan pakej menarik dengan harga yang berpatutan
Sila buat tempahan untuk mendapatkan pakej menarik kami. Kami juga menyediakan rumah tamu berhawa dingin untuk keselesaan para tamu.
Sila pilih pakej yang dikehendaki. Semoga anda berpuas hati dengan layanan dari pihak kami.
Saturday 31 December 2011
Wednesday 30 November 2011
Saturday 12 November 2011
Tamu Dari SMA Diniah, Jelutong, Perak
Tamu dari SMA
Diniyah Jelutong Perak telah memilih sekolah IMTIAZ pada 11 hingga 12 hb November 2011sebagai destinasi pelancongan koperasi untuk mengetahui tentang keistimewaan pakej PKS
KOSPINT dan sekaligu smengetahui lokasi menarik di sekitar Terengganu.
Pendedahan utama adalah tentang focus subjek MISBAHA terutama semasa slot
Malam Kebudayaan seperti tayangan multimedia dan persembahan drama tentang kegigihan
MISBAHA dalam mebangunkan agama Islam di
Terengganu.Tamu juga diberi peluang untuk mengikuti program Hafazan di
sekolah ini dan sangat teruja dengan projek PemakananTambahan anjuran Koperasi KOSPINT
ini.
Aktiviti:
1Menyambut etamu dari
SMA Ad-Diniyyah Jelutong Perak
2 Membawa tetamu melawat kawasan sekolah.
3 Sesi perkenalan dan taklimat
program di kantin sekolah serta sesi pengambaran.
4 Tamu dibawa kelokasi wajib dan iku tlaluan tapak sumbangan
MISBAHA dan mengunjungi Nor Arfa Batik serta Muzium Losong dan menaiki bot
menyusuri Sg Terengganu dan melihat panorama Monson Cup International
dan PulauDuyungl okasi membuat bot.
Friday 25 March 2011
Lawatan SMK Kangkung Kelantan
Dengan nama Allah Yang
MahaPemurahLagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW,Kaum Kerabat Baginda dan Para Sahabat R.A.
Tamu dari SMK Kangkung
Kelantan telah memilih sekolah IMTIAZ pada 24 hingga 25 Mac
2011 sebagai destinasi pelancongan koperasi.Mereka
mengadakan lawatan berinformasi ke koperasi Sekolah IMTIAZ yang semakin lama
semakin mengorak langkah agar dapat muncul sebagai sebuah koperasi yang
berinformasi.
PersatuanKoperasi Sekolah ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung untuk menjayakan program singkat ini.
Aktiviti:
1 Menyambut tetamu dari SMK Kangkung Kelantan
2 Membawa tetamu melawat kawasan sekolah.
3 Sesi perkenalan dan taklimat asrama di
kanti sekolah dan lawatan permulaan di Nor Arfa Batik manakala hari kedua di Taman
Tamadun Islam danMuziumTerengganu tentang produk MISBAHA didedahkan kepada para tamu.
Tetamu bertolak pulang pada
jam 12.00 tengahari dan majlis penutup di Dataran Syahbandar
Thursday 24 March 2011
Networking Bersama SM Sains Rembau, Negeri Sembilan
Networking bersama SM Sains Rembau, Negeri Sembilan bermula 24 - 24 Mac 2011. Banyak Acara yang menarik pada program ini.
Saturday 1 January 2011
Siapa MISBAHA
Misbaha atau nama sebenar beliau,Haji Mohd Salleh b. Haji Awang telah dilahirkan pada 28 Jun 1917 di Kampung Masjid,Kuala Terengganu. Misbaha sememangnya sinonim dengan bidang penulisan. Antara nama pena beliau ialah Misbaha,Hantu Golok dan Indera. Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Zainab setelah isteri pertamanya meninggal dunia. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sk. Paya Bunga dan kemudian telah lulus tahun 6 di Grown Grammar School. Beliau akhirnya telah menamatkan zaman persekolahandi SMASZA Ladang pada tahun 1936. Misbaha pernah menjawat jawatan sebagai AJK Ulama’ Terengganu dan penyemak berita di Warta Melayu. Jasa beliau jelas tergambar ketika beliau pernah Penguasa Persatuan Sejarah Malaysia (cawangan Terengganu) selain daripada AJK Muzium Negeri Terengganu. Beliau telah menulis lebih kurang 10 000 karya sepanjang hayat beliau dan diantaranya ialah Askar Melayu,Rahsia Rumah Biru,Aina Qatil(Di Manakah Pembunuh),Batu Bersurat Teengganu(tafsiran bacaan) dan banyak lagi. Beliau telah menyumbangkan pelbagai jasa dalam bidang pendidikan,sejarah dan nasionalisme. Misbaha telah mendapat penghargaan atas jasa bakti beliau daripada kerajaan Malaysia apabila beliau mendapat penghargaan sebagai Dato’ Seri Jasa pada 16 Mac 1989.Beliau akhirnya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari kebangsaan negara,31 Ogos 1992,jam 9.30 malam di rumahnya iaitu Kampung Serada kerana sakit dada
Subscribe to:
Posts (Atom)