Saturday 1 January 2011

Siapa MISBAHA


Misbaha atau nama sebenar beliau,Haji Mohd Salleh b. Haji Awang telah dilahirkan pada 28 Jun 1917 di Kampung Masjid,Kuala Terengganu. Misbaha sememangnya sinonim dengan bidang penulisan. Antara nama pena beliau ialah Misbaha,Hantu Golok dan Indera. Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Zainab setelah isteri pertamanya meninggal dunia. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sk. Paya Bunga dan kemudian telah lulus tahun 6 di Grown Grammar School. Beliau akhirnya telah menamatkan zaman persekolahandi SMASZA Ladang pada tahun 1936. Misbaha pernah menjawat jawatan sebagai AJK Ulama’ Terengganu dan penyemak berita di Warta Melayu. Jasa beliau jelas tergambar ketika beliau pernah Penguasa Persatuan Sejarah Malaysia (cawangan Terengganu) selain daripada AJK Muzium Negeri Terengganu. Beliau telah menulis lebih kurang 10 000 karya sepanjang hayat beliau dan diantaranya ialah Askar Melayu,Rahsia Rumah Biru,Aina Qatil(Di Manakah Pembunuh),Batu Bersurat Teengganu(tafsiran bacaan) dan banyak lagi. Beliau telah menyumbangkan pelbagai jasa dalam bidang pendidikan,sejarah dan nasionalisme. Misbaha telah mendapat penghargaan atas jasa bakti beliau daripada kerajaan Malaysia apabila beliau mendapat penghargaan sebagai Dato’ Seri Jasa pada 16 Mac 1989.Beliau akhirnya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari kebangsaan negara,31 Ogos 1992,jam 9.30 malam di rumahnya iaitu Kampung Serada kerana sakit dada