SMIYT KTRG SBT , 16 : Pada 6 hingga 8hb Jun 2013, seramai 62 orang pelajar dan 8 orang guru
pengiring dari pihak TAMU iaitu SMK RAJA PUAN TG FAUZIAH PERLIS INDERA
KAYANGAN dengan kerjasama pihak ANGKASA yang diwakili oleh En Fitri Bin Taslim telah berjaya mengikuti satu lagi
program PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH yang dianjurkan oleh Koperasi KOSPINT Berhad
yang terletak di Serada Kuala Terenggau , Terengganu.
HARI
PERTAMA RABU (5HB JUN 2013)
Para tamu tiba agak lewat malam selepas tersesat menuju ke
IMTIAZ Kuala Berang dan kemudian terpaksa berpatah balik menuju ke Kuala
Terengganu.Tiba di sekolah dalam pukul 9.3O malam dan tamu mendaftar seterusnya mendengar taklimat
program serta panduan keselamatan di sekolah , mereka dijamu dengan hidangan yang
menyelerakan.Tamu berehat di bilik penginapan yang disediakan.Bersurai hampir jam
1O.45 malam.
HARI KEDUA 6hb
JUN 2O13 KHAMIS
Seawal jam 8.OO pagi para hos berkumpul di dataran dan memulakan hari pertama dengan sesi penggambaran untuk dijadikan kenangan
. Para
hos bersiapsedia melayan dan membuat persiapan untuk membawa tamu ke lokasi pertama iaitusekitar Muzium Negeri
Terengganu iaitu Muzium Losong dan Bangunan Monumen di Taman Tamadun Islam serta
Masjid Kristal. Keriangan tergambar di wajah tamu kerana di
sinilah lokasi Misbaha serta melihat 7 tempat menarik di dunia di pamerkan di sini.
Seterusnya, para tamu dibawa menaiki bot Cruise yang
merupakan salah satu tarikan utama di Taman Monumen di negeri Terengganu.Perjalanan mengambil masa selama
4O minit dan para pengunjung bolehlah melihat panorama sekitar di Sungai Terengganu
di mana berlangsungny aacara Monsoon Cup Antarabangsa di PulauDuyung,
melihat lokasi pembuatan bot dan sebahagian bangunan menarik di Kuala Terengganu yang
juga di kenali sebagai Dubai Malaysia.
MalamKebudayaan yang diraikan oleh Hos kepada tamu jam 9.OO malam
di Dewan As-Syatibi
Pada malam tersebut diadakan malam kebudayaan bagi merapatkan hubungan silaturahim antara kedua-dua belah pihak.Seterusnya acara
yang diadakan ialah sesi ucapan kedua belah pihak, persembahan slide
koperasi dan program
,persembahan tarian perlis dan persembahan nasyid serta lakonan dialek Terengganu antara hos dan tamu.
HARI KETIGA
SABTU(8 JUN 2013)
Para
tamu bersiap sedia membawa bersama ‘bag luggage’ masing-masing dan melihat program
tasmi yakni Al Quran di dewan besar dan melawat sekitar sekolah.
Para
tamu diberi peluang untuk menikmati Program MakananTambahan mengikut sunnah Rasulullah
SAW yang biasa diamalkan di sekolah hos kerana mengadakan program Hafiz
danHafizah ini.Mereka dijamu untuk menikmati minuman susu, madu,kurma dan kismis di
depan koperasi.
Program
ini juga merupakan tarikan utama yang diadakan di koperasi KOSPINT ini yang
julung kali diadakan di Malaysia yang mana pendapatan daripada program
ini juga amatlah lumayan dengan purata perolehan sebanyak RM 17,OOO.OO
sebulan tajaanYayasan Terengganu. Syukur Alhamdulillah
Gambar menarik sila klik DI SNI
No comments:
Post a Comment