Friday 29 March 2013

Lawatan SMK SEKSYEN 24 SHAH ALAM SELANGOR


Pada 27 hingga 29hb Mac 2013, seramai 3O orang pelajar dan 1O orang guru pengiringdaripihak TAMU  iaitu SMK Seksyen 24, Shah Alamdengankerjasamapihak ANGKASA yang diwakilioleh En Fitri Bin Taslimtelahberjayamengikutisatulagi program PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH yang dianjurkanolehKoperasi KOSPINT Berhad yang terletak di Serada Kuala Terenggau , Terengganu.

Kami bertolak dari sekolah pada pukul 12.00 tengahhari dari sekolah menuju ke Bandar Kuala Berang untuk membeli keperluan dan barang mentah seperti ikan ,ayam dan sayuran.
Seterusnya kami tiba di  JetiPengkalan Gawi, TasikKenyir lebih kurang jam 2 petang. Sebaik tiba, para tamu dijamu dengan bekalan dan solat sementara menanti kedatangan 3 buah House Boat.

Malangnya, kelewatan yang dialami disebabkan sebuah bot terlewat tiba menyebabkan jadual perjalanan kami agak terlewat iaitu hampir jam 3.3O baru dapat bertolak dari jeti.

Alhamdulillah, seperti yang dijangkakan kami tiba di Air Terjun Saok hampir jam 4 petang dan mandi manda di sana.Pada malam itu, kami bermalam di tepiSaok Di sini kami melihat keindahan panorama TasikKenyir  yang terbesar dibina oleh manusia padatahun 1985 dengan keluasan 26O,OOO hektar yang jugaterdiri daripada 34 buah pulau yang akhirnya ditenggelami air tasik ini.
Jam 7.OO pagi House Boat mula bergerak meninggalkan bumi Saok menuju kePusatKelah menyusuri SgPetang yang mana jaraknya mengambil masa 3 jam untuk tiba dengan jarak 21km dari jeti Gawi

Menyusuri SgPetang dengan 1OO1 keindahan dengan penuh debaran.
TasikKenyr merupakan lubuk pelbagai spesies ikan air tawar seperti ikanToman, Baung, Sebarau, Kaloi, Kelah, Tapah yang begitu mengasyikkan.