Sunday 28 April 2013

Tamu Dari SMKA Sheikh Ahmad Said, Seremban



Pada 26 hingga 28hb April  2013, seramai 3O orang pelajar dan 1O orang guru pengiring dari  pihak TAMU  iaitu SMKA SHEIKH AHMAD SAID SEREMBAN dengan kerjasama pihak ANGKASA yang diwakili oleh En Fitri Bin Taslim telah berjaya mengikuti satu lagi program PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH yang dianjurkan oleh Koperasi KOSPINT Berhad yang terletak di Serada Kuala Terenggau , Terengganu.

Para tamu tiba agak lewat petang dan selepas sahaja tamu mendaftar dan mendengar taklimat program serta panduan keselamatan di sekolah , mereka dijamu dengan hidangan yang menyelerakan.Tamu berehat di bilik penginapan yang disediakan.

Acara hari kedua dimulai dengan riadah pagi serta sarapan pagi iaitu nasi lemak berlaukkan ala Terngganu  yang begitu menyelerakan.
Para hos bersiap sedia melayan dan membuat persiapan  untuk membawa tamu ke lokasi pertama iaitu sekitar Muzium Negeri Terengganu iaitu Muzium Losong dan Bangunan  Monumen di Taman Tamadun Islam serta Masjid Kristal. Keriangan tergambar di wajah tamu kerana di sinilah lokasi Misbaha serta melihat 7 tempat menarik di dunia dipamerkan di sini.

Seterusnya, para tamu dibawa menaiki bot penambang yang merupakan salah satu tarikan utama di negeri Terengganu. Perjalanan mengambil masa selama 4O minit dan para pengunjung bolehlah melihat panorama sekitar di Sungai Terengganu di mana berlangsungnya acara Monsoon Cup Antarabangsa di Pulau Duyung, melihat lokasi pembuatan bot dan sebahagian bangunan menarik di Kuala Terengganu yang juga di kenali sebagai Dubai Malaysia.

Seterusnya , para tamu dibawa membeli belah di Pasar Payang di Kuala Terengganu yang memang terkenal dengan pelbagai produk kraf dan hasil laut seperti batik sutera, kain batik serta keropok lekor dan keping  untuk dibawa  pulang sebagai kenang-kenangan.

Para tamu bersiap sedia membawa  bersama ‘bag luggage’ masing-masing  dan  melihat program tasmi yakni Al Quran di dewan besar dan melawat sekitar sekolah. Kemudian , para tamu bergambar kenangan bersama dengan puan Pengetua  di dataran IMTIAZ.

Para tamu diberi peluang untuk menikmati Program Makanan Tambahan mengikut sunnar Rasulullah SAW yang biasa diamalkan di sekolah hos kerana mengadakan program Hafiz dan Hafizah ini. Mereka dijamu untuk menikmati minuman susu, madu,kurma dan kismis di depan koperasi. Program  ini  juga merupakn tarikan utama yang diadakan di koperasi KOSPINT ini yang julung kali diadakan di Malaysia yang mana pendapatan daripada program ini juga amatlah lumayan  dengan purata perolehan sebanyak RM 17,OOO.OO sebulan tajaan Yayasan Terengganu. Syukur Alhamdulillah.

Seterusnya lokasi terakhir sebelum para tamu berangkat pulang ialah dengan melawat Pusat Kraf Nor Arfa Batik yang terletak di Chendering. Mereka diberi peluang untuk melihat bagaimana sesuatu kraf sutera dan batik diadakan.

Alhamdulilah para tamu selamat mengikuti program Pakej PKS dari Koperasi KOSPINT Bhd selama 3 hari 2 malam. Semoga program ini mendapat manfaat dan kepentinga n bersama kedua-dua belah pihak. Berjumpa lagi di lembaran dan lawatan seterusnya. Wassalam